Sistem Air

As Salam semua,

Maklumat yang saya ingin kongsikan disini adalah bagaimana sistem bekalan air yang terdapat di Famiha Homestay Tanah Merah Kelantan. Sistem automatik ini yang mula digunapakai pada 1 November 2011, alhamdulillah telah dapat mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air yang kadangkala berlaku sebelum ini, sebagaimana komen dari pelanggan berhubung dengan masalah air.

Pelanggan InsyaAllah tidak akan mengalami masalah air lagi. Untuk makluman juga bermula tarikh 1 November 2011 sehingga kini sudah lebih dua tahun, pelanggan tidak pernah menghadapai masalah air di Famiha Homestay walaupun bekalan air kerajaan terputus bekalan. Kami sering menerima tetamu melebihi 20 orang pada satu masa dan menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Saya telah membuat perubahan rekabentuk sistem pam air secara menyeluruh sebelum catatan ini ditulis. Selain daripada paip air daripada paip utama, kini kami mempunyai 3 Tangki simpanan sebagaimana Gambarajah 1 dan foto dibawah, 2 paip saluran ke tangki utama, 3 punca elektrik untuk 3 Enjin pam air dan perigi bagi mempastikan penghuni tidak mengalami gangguan bekalan air. Sistem kini mempunyai suis otomatik sepenuhnya menggunakan Float Switch yang lebih sesuai berbanding Pressure Switch yang digunakan sebelum ini. Masalah yang dihadapi sebelum ini berpunca daripada Pressure switch yang mudah rosak. 


Di antara contoh Float Switch yang terdapat dipasaran.
Famiha Homestay menggunakan switch seperti SK-12A.


Pengalaman 21 Oktober 2011, Bandar Tanah Merah menghadapi masalah terputus bekalan air bermeter daripada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd selama lebih kurang 3 hari. Kejadian ini berlaku akibat kemalangan/kerosakan yang tidak dijangka oleh pihak Syarikat. Keadaan ini telah menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar penduduk di Tanah Merah. Pihak kami tidak terkecuali kerana 2 tangki simpanan tidak dapat menampung keperluan air untuk tempoh tersebut apabila jumlah penghuni agak ramai. Saya telah mengambil pengajaran dan tindakan daripada kejadian ini dengan menggunakan sumber air semulajadi daripada perigi. Ia merupakan sumber alternatif yang terbaik kerana perigi ini tidak pernah kering semenjak rumah ini dibina pada tahun 2003. Satu lagi Pam air ditambah untuk menyalurkan air dari perigi ke Tangki simpanan. Air perigi ini akan melalui satu sistem penapisan semulajadi didalam tangki simpanan 2 sebelum disalurkan ke Tangki Utama untuk digunakan. Air ini sangat jernih dan tidak berbau. Sistem yang direka berfungsi secara automatik dimana sekiranya bekalan air bermeter tidak ada, maka pam perigi akan berfungsi. Sekiranya bekalan air bermeter disalurkan semula, maka pam perigi ini akan "Off" secara automatik. Dengan ini saya telah bersedia untuk menghadapi situasi yang sama sekiranya ia berulang lagi. Insya Allah availability untuk air adalah 100%. Bagaimanapun segalanya ditentukan Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Setelah beroperasi lebih daripada dua tahun memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, banyak yang telah dipelajari dan saya cukup yakin dengan Sistem yang ada sekarang ini. InsyaAllah tiada masalah lagi. Jadi pesanan ikhlas dari saya, anda perlu berhati-hati memilih homestay di Tanah Merah. Kami amat perihatin masalah air ini dan telah mempunyai penyelesaian terbaik untuk mengatasinya yang tidak ada di homestay yang lain iaitu Sistem Simpanan Air sebagai "back-up" sekiranya terputus bekalan air bermeter atau pun air mengalami tekanan rendah.

Bagi tujuan perkongsian ilmu, disini saya masukkan gambarajah bagaimana sistem bekalan air yang terdapat di Famiha Homestay. Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana sambungan paip air dilakukan, manakala Gambarajah 2 menunjukkan sambungan pendawaian elektrik untuk satu Pam air bagi membolehkan sistem ini berfungsi secara otomatik dengan menggunakan Float Switch. Rekabentuk dan pemasangan adalah idea dan usaha yang merupakan modifikasi daripada pengalaman selama 11 bulan. Sistem yang asal bermula daripada 1 pam air dan satu Tangki simpanan tidak begitu berkesan dan perlu dikendalikan secara "manual". Kami telah pertingkatkan sistem ini dari satu tahap kesatu tahap sehingga mempunyai satu sistem yang terbaik seperti ini. Pengalaman telah cukup mengajar kami. Semoga ada manafaatnya untuk di kongsikan dengan semua. Jika inginkan maklumat secara lebih jelas untuk diaplikasikan sistem ini dirumah, di kedai atau dimana-mana, sila hubungi saya. Saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan anda. Sila klik pada gambar untuk dapatkan gambarajah yang lebih jelas.

Sekian, terima kasih...

Nordin Jusoh (013-9804332)
Famiha Homestay Tanah Merah
Coretan pada 1 November 2011
Dikemaskini : 6 Februari 2013.
Gambarajah 1: Sistem air Famiha Homestay
Gambarajah 2: Litar lengkap Pendawaian untuk 1 Pam air

Tangki Simpanan air Famiha Homestay Tanah Merah, Kelantan bermula 15 May 2012

When other homestay ignore water problems, we are always concerned about it to the needs of our customers.

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah