Lokasi

Berhampiran dengan Pantai Timur Shopping Centre. Terletak 1 km daripada pusat bandar Tanah Merah. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Pantai Timur Shopping Centre dan 5 minit memandu ke pusat bandar Tanah Merah. Destinasi yang berhampiran dengan Famiha Homestay adalah seperti Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kampus sementara Politeknik Jeli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Sila semak peta lokasi Famiha Homestay dan juga tempat-tempat yang telah ditandakan bagi membantu pengunjung semasa berada disini dengan menggunakan maplandia.com disebelah. Pilih map untuk melihat peta lokasi atau satellite untuk melihat imej dari setellite. GPS Koordinat adalah : 5° 48' 30" North, 102° 7' 50" East


Sila klik pada peta untuk mendapatkan peta yang lebih jelas. Jika perlu sila cetak untuk panduan.

Bagaimana Untuk ke Famiha Homestay Tanah Merah ?

Alamat : Lot 4335, Perumahan Hjh Wan Esah, Kg. Bechah Peleting Hilir, 17500 Tanah Merah, Kelantan.GPS Koordinat adalah : 5° 48' 30" North, 102° 7' 50" East


1. Laluan Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Tanah Merah

Apabila memandu dari Gua Musang ke Kuala Krai, sila belok ke KANAN menuju ke Machang apabila sampai di "Traffic light" Kuala Krai. Apabila hampir sampai ke Machang, terdapat papan tanda untuk ke bandar Machang dengan memasuki simpang ke kanan. Anda Tidak perlu masuk jalan ini, sebaliknya teruskan perjalanan sehingga jumpa papan tanda TANAH MERAH. Simpang ke Tanah Merah adalah disebelah KIRI. Teruskan perjalanan sehingga jumpa Jambatan Panjang merentasi Sungai Kelantan. Perlahankan kenderaan kerana anda akan membelok ke KANAN menuju ke bandar Tanah Merah. Teruskan perjalanan anda. Anda akan melalui beberapa "Landmark" disebelah KIRI iaitu Stesen Minyak Petronas, kemudian Shell dan sampai di bandar Tanah Merah. Teruskan sedikit lagi kehadapan anda akan jumpa Stesen Minyak ESSO. Belok KIRI dan anda akan melintasi Jalan Keretapi, Masjid Tanah Merah disebelah KIRI dan Balai Polis disebelah KANAN. Teruskan perjalanan lebih kurang 1 Kilometer ke hadapan anda akan temui Sekolah Menengah Tanah Merah dan Pantai Timur Shopping Centre di sebelah KIRI. Perlahankan kenderaan kerana simpang masuk ke Famiha Homestay adalah di sebelah KIRI, di penghujung deretan bangunan kedai selepas bangunan 5 tingkat, disebelah kedai makan SEMERAH PADI (Dahulunya SWEET GARDEN), SEBELUM Lampu Isyarat. Masuk terus melalui jalan utama lebih kurang 200meter (Note: jangan masuk mana-mana simpang), menyusuri jalan yang akan membelok L ke kiri kemudian L ke kanan. Dari situ anda boleh nampak Papan tanda Perumahan Hjh Wan Esah. Famiha Homestay adalah bersebelahan papan tanda, rumah Hijau Kuning Lot 4335.


2. Laluan Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang

Sekiranya memandu dari Lebuh Raya Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang, selepas simpang KEMAHANG, masuk persimpangan ke bandar TANAH MERAH dan teruskan perjalanan. Anda akan melalui jalan yang bengkang bengkok kemudian jalan lurus menuju ke Tanah Merah. Anda akan menemui Stesen Minyak Caltex disebelah KIRI dan kehadapan sedikit Petronas disebelah KANAN. Teruskan sehingga jumpa Stesen Janakuasa Elektrik dan Lampu Isyarat. Perhatikan jalan masuk disebelah KANAN bersebelahan kedai makan SEMERAH PADI (Dahulunya SWEET GARDEN) yang boleh nampak dari Traffic Light tersebut. Bagaimanapun anda perlu U-turn dihadapan sedikit selepas Pantai Timur Shopping Centre kerana terdapat pembahagi jalan. Masuk terus melalui jalan utama lebih kurang 200meter (Note: jangan masuk mana-mana simpang), menyusuri jalan yang akan membelok L ke kiri kemudian L kekanan. Dari situ anda boleh nampak Papan tanda Perumahan Hjh Wan Esah. Famiha Homestay adalah bersebelahan papan tanda, rumah Hijau Kuning Lot 4335.

3. Laluan Dari Kuantan - Kuala Terengganu ke Kelantan


Dari Kuala Terengganu ikut hala ke Jerteh. Jerteh ialah satu bandar dalam negeri Terengganu yang hampir dengan sempadan negeri Kelantan. Kira-kira 5 km setelah anda melepasi Jerteh tetapi sebelum bandar Pasir Puteh, anda akan nampak papan tanda menuju ke Leboh Raya Timur Barat. Belok Kiri apabila ada tunjuk arah ke "MACHANG, JELI, GERIK". Apabila tiba di MACHANG, teruskan perjalanan ke TANAH MERAH. Teruskan perjalanan sehingga jumpa Jambatan Panjang merentasi Sungai Kelantan. Perlahankan kenderaan kerana anda akan membelok ke KANAN menuju ke bandar Tanah Merah. Teruskan perjalanan anda. Anda akan melalui beberapa "Landmark" disebelah KIRI iaitu Stesen Minyak Petronas, kemudian Shell dan sampai di bandar Tanah Merah. Teruskan sedikit lagi kehadapan anda akan jumpa Stesen Minyak ESSO. Belok KIRI dan anda akan melintasi Jalan Keretapi, Masjid Tanah Merah disebelah Kiri dan Balai Polis disebelah Kanan. Teruskan perjalanan lebih kurang 1 Kilometer ke hadapan anda akan temui Sekolah Menengah Tanah Merah dan Pantai Timur Shopping Centre di sebelah KIRI. Perlahankan kenderaan kerana simpang masuk ke Famiha Homestay adalah di sebelah KIRI, di penghujung deretan bangunan kedai selepas bangunan 5 tingkat, disebelah kedai makan SEMERAH PADI (Dahulunya SWEET GARDEN), SEBELUM Lampu Isyarat. Masuk terus melalui jalan utama lebih kurang 200meter (Note: jangan masuk mana-mana simpang), menyusuri jalan yang akan membelok L ke kiri kemudian L ke kanan. Dari situ anda boleh nampak Papan tanda Perumahan Hjh Wan Esah. Famiha Homestay adalah bersebelahan papan tanda, rumah Hijau Kuning Lot 4335.

Tempoh Perjalanan Kereta ke Kota Bharu dan Rantau Panjang
Bagi pelawat yang ingin bersiar-siar di Kota Bharu atau membeli belah di Rantau Panjang, Famiha Homestay Tanah Merah terletak hanya 40 minit perjalanan kereta ke Kota Bharu, 40 minit perjalanan kereta ke Rantau Panjang. Kurang dari 30 minit perjalanan ke Pasir Mas dan lebih kurang 40 minit ke Jeli. 15 Minit ke Machang.


Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Nordin: 013-9804332
Famiha Homestay Tanah Merah

Terima kasih.

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 
homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 
homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 
homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 
homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah 

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah