Panduan Pelanggan

Kenapa perlu memilih Famiha Homestay

Homestay adalah satu konsep penginapan jangka pendek. Hari ini semakin ramai menyewakan rumah mereka sebagai homestay, rumah rehat atau rumah tamu. Bagaimanapun harganya berbeza-beza. Famiha Homestay menyediakan semua keperluan asas untuk keselesaan anda sepanjang penginapan disini. Sila rujuk kepada menu Facilities Famiha Homestay <<<< atau Klik disini. Kadar sewa yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding kebanyakan homestay yang lain. Sila bandingkan rumah serta kemudahan dengan kebanyakan homestay yang lain. Anda sendiri akan memperolehi jawapannya....

Diantara kelebihan tinggal di Famiha Homestay Tanah Merah berbanding hotel:

• Rumah dan persekitaran yang luas berbanding bilik hotel yang sempit.
• Kos penginapan lebih murah mengikut jumlah penyewa yang boleh diisi
• Tidak bercampur dengan orang lain.
• Persekitaran kampong yang tenang dan damai.
• Kenderaan boleh diletakkan didalam kawasan berpagar seperti rumah sendiri.
• Lebih ramai saudara mara dan rakan taulan yang menginap bersama, maka lebih meriahlah pengalaman penginapan tersebut.
• Anda dibenarkan memasak sebagaimana rumah sendiri dengan kemudahan dapur dan periuk yang disediakan.

Selain dari kadar sewa yang rendah, satu lagi sebab kenapa anda perlu memilih Famiha Homestay Tanah Merah adalah kerana homestay ini mempunyai SISTEM SOKONGAN BEKALAN AIR. Ini sangat penting kerana kebanyakan homestay yang ada hanya bergantung kepada bekalan air kerajaan. Seringkali bekalan air ini mengalami tekanan rendah dan penyewa akan menghadapi masalah air terutama apabila penyewa yang ramai berkongsi sebuah homestay. Bagaimana pun Famiha Homestay Tanah Merah sudah mempunyai penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sila rujuk Menu Sistem Air untuk maklumat lanjut.

Proses masuk ke Famiha Homestay Tanah Merah sangat mudah. Anda cuma perlu menghubungi saya untuk mendapatkan kunci dan tuan puan bebas untuk mendiami rumah tersebut.

Perkara yang perlu diambil perhatian cuma menjaga kebersihan dan peralatan yang ada seperti menjaga rumah sendiri. Peralatan elektrik dan Aircond mesti dipadamkan apabila meninggalkan rumah tanpa penghuni. Kebijaksanaan tuan puan akan menentukan kadar harga pada masa akan datang. Jika dibiarkan membazir tanpa dipadamkan, kos elektrik dan penyelenggaraan akan meningkat dan saya terpaksa naikkan harga jika bill elektrik dan kos penyelenggaraan terlalu tinggi. Ini seboleh-bolehnya saya mahu elakkan. Tuan puan untung....saya tidak rugi...

Aspek keselamatan juga harus dijaga. Barang-barang peribadi disimpan di tempat yang selamat kerana tidak ada pengawal yang mengawal rumah 24 jam sehari. Keselamatan adalah tanggungjawab tuan puan sepenuhnya.

Akhir sekali selamat datang ke Kelantan Darul Naim. Semoga kehadiran tuan puan menemui kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan.

Ikhlas dari..

Nordin Jusoh (HP : 013-9804332)
Famiha Homestay Tanah Merah Kelantan

homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah homestay tanah merah